KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia diminta mengadakan kerjasama dengan beberapa negara Islam bagi menganjurkan sidang khas dan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan krisis Palestin-Israel.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Malaysia telah lama menjadi pendokong perjuangan kedaulatan Palestin dan ia mesti diterjemahkan dengan usaha diplomatik yang berganda, serius dan mempunyai impak.
“Saya berkongsi pandangan dengan Tun Mahathir Mohammad bahawa penyelesaian damai mesti segera diusahakan bagi mengendurkan konflik di Palestin waktu ini.
“Malaysia wajar mempergiatkan usaha diplomatiknya dan menyokong usaha negara seperti Turki, Tunisia dan Mesir bagi meredakan keadaan di Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu Mohamad turut menyajak rakyat Malaysia untuk memainkan peranan dengan menggiatkan segera segala ikhtiar kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin di Jerusalem dan Gaza.
“Konflik ketenteraan ini telah bertukar menjadi krisis kemanusiaan dengan orang memerlukan tempat kediaman, bekalan makan dan perubatan juga menjadi semakin sukar kerana penutupan sempadan ke Gaza.
“Hospital-hospital waktu ini pula beroperasi dalam keadaan kemudahan dan perubatan yang terhad. Keadaan di tambah buruk dengan wabak Corona yang semakin memburuk,” katanya.- MalaysiaGazette
Tindakan enggan tendang keluar Baitulmaqdis dari Palestine kepada kaum Yahudi dari Israel berbeza berbanding tindakan tendang keluar Singapura dan serah Penang dari tanah Melayu kepada kaum asing dari Tanah Besar China dan India, kan?