KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Zionis Israel yang menyerang kota suci Palestin sehingga menyebabkan kerosakan dan pembunuhan rakyat Palestin di tanah air sendiri.
“Israel tidak boleh dibiarkan berterusan dengan kerakusan mereka. Rakyat Palestin telah terlalu lama ditindas oleh rejim ganas Zionis Israel. Masyarakat dunia tidak boleh berdiam diri lagi.
“Kami menyeru dan mendesak pemimpin-pemimpin negara seluruh dunia segera mengutuk kezaliman dan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin,” kata kenyataan PN yang ditandatangani oleh ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Selain itu, ia turut ditandatangani oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Gerakan, Koo Shiaw Lee, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah, Chin Vui Kai dan Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku, Jeffrey Kumin.
Menurut PN, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jangan membisu mengenai hal ini tetapi mestilah mengambil tindakan serta merta dan melaksanakan sekatan yang wajar ke atas Israel.
“Pembunuhan dan pembersihan etnik yang dilakukan oleh Zionis Israel adalah satu jenayah perang (war crime) dan jenayah terhadap kemanusiaan (crime against humanity). Kami menuntut agar mereka yang bertanggungjawab diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya rakyat Palestin mendapat hak keadilan.
“Kami teguh bersolidariti dengan rakyat Palestin yang terus menerus dizalimi dan diusir dari tanah air mereka sendiri. Pembersihan etnik dan sistem apartheid amalan rejim Zionis Israel mesti dihentikan segera,” kata kenyataan yang sama.
PN, kata mereka menyokong usaha Kerajaan Malaysia membantu rakyat Palestin dan memobilisasi sokongan antarabangsa untuk Palestin.
Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelbagai bantuan dan usaha serantau yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia adalah bukti kesungguhan kita yang mahukan penyelesaian tuntas dan keadilan untuk rakyat Palestin.
“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin dan kami berdoa agar rakyat Palestin diberikan kesabaran, pertolongan serta kemenangan dalam usaha mereka memelihara maruah dan hak mereka.
“Kami juga mengajak semua rakyat memberikan sumbangan kepada warga Palestin sebagai tanda tanggungjawab membantu mereka yang dizalimi melalui kempen #Aid4Palestine atau melalui saluran – saluran lain yang sah,” ujarnya.- MalaysiaGazette
Seminggu kejadian bru nk kutuk.. Hmpa mmg lembab, bacui, x reti buat keja.. PN (BN, Bersatu, Pas X boleh pakai.. Hampehh) kerajaangagal.. Totally fail!!!!!!!
Bukan mengenai masa beberapa hari atau minggu tetapi mengenai bertambah ramai orang awam termasuk kanak-kanak yang terkorban dan cedera disebabkan israeli airstrikes berbanding rocket attacks cuma sikit jer Israeli terkorban.