KUALA LUMPUR – Negara merekodkan sebanyak 4,446 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 474,556 sejak hari pertama virus itu dikesan.
Kementerian Kesihatan berkata, Selangor masih lagi merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,650 kes.
Sarawak mencatatkan kes kedua di belakang Selangor dengan 433, Johor (391), Kelantan (343), Kuala Lumpur (297), Negeri Sembilan (243) dan Kedah (236).
Perak (203), Terengganu (201) Pulau Pinang (159), Melaka (80), Sabah (60) dan Putrajaya (11).
Labuan dan Perlis masing-masing sifar. – MalaysiaGazette
Selangor JUARA! Dah berapa minggu menjadi juara bertahan?