KUALA LUMPUR – Tindakan rejim Israel menyerang, memusnahkan harta benda dan menceroboh Palestin adalah pembunuhan beramai-ramai.
Krisis ini tidak pernah tamat dan pencerobohan haram terus dilakukan hingga rakyat Palestin tidak mempunyai tempat tinggal serta terpaksa tinggal di kem pelarian.
Persoalannya, sampai bila masyarakat dunia hendak berdiam diri?,” tanya Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.
Exco Pemuda UMNO itu berkata, jika kematian George Floyd, warga Afrika-Amerika kerana kekerasan polis boleh mendapat sokongan di seluruh dunia, mengapa dalam isu Palestin berdiam diri.
”Kalau kerana status Palestin itu adalah negara Islam, bermakna masyarakat dunia yang sering dikatakan progresif dan intelektual ini sebenarnya adalah kolot dan bodoh,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tambah beliau, pendukung hak asasi yang selama ini melaungkan nilai kebebasan kemanusiaan juga berdiam diri dalam isu Palestin.
Hanya Malaysia antara negara yang lantang dalam memperjuangkan hak mereka.
”Ini adalah krisis kemanusiaan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengadakan gencatan senjata di Palestin untuk mengelakkan lagi nyawa terkorban.
”Jika PPB gagal bertindak, PPB akan dikenang sebagai pertubuhan antarabangsa yang gagal dalam melindungi kepentingan dan keselamatan manusia sejagat,” ujarnya yang meminta rakyat Malaysia mendoakan warga Palestin diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian ini. – MalaysiaGazette
Pesan Baginda Nabi SAW, bersusah-payahlah untuk mengunjungi tiga tempat suci ini, Majidil Haram, Masjidil Nabawi dan masjid yang jauh yakni Masjidil Aqsa!
Ayuh semua jom sama2 beri sokongan padu kepada rakyat Palestian!
Janganlah percaya sangat dan menaruh sebarang harapan dengan semua peguam2 hak asasi semua tu! Itu semua KARUT belaka!
Dulukan ambil balik semua tanah rizab Melayu yang kini tinggal hanya 12% termasuk tergadainya tanah Singapore dan Penang kepada kaum asing dari Tanah Besar China dan India. Syabas Azeris dibantu Turki ambil balik Nagorno-Karabah selepas sekian lama PBB tak boleh diharap. Tengok negara kecil DR ratifikasi ICERD tetapi demi hak pribumi sila Google: Dominican Republic stripped citizens