KUALA LUMPUR – Impian dua pemain muda Palestin, Sa’id Yousef Odeh dan Muath Alzaanin untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Palestin dalam sukan bola sepak tidak tercapai apabila mereka terbunuh dalam satu serangan dengan tentera Israel.
Sa’id yang berusia 16 tahun dari kelab juara liga, Balata FC ditembak mati oleh tentera Israel pada minggu lepas manakala Muath dari utara Gaza, terbunuh dalam serangan dron ketika bersama rakannya semalam.
Kematian Sa’id merupakan kehilangan besar bagi bola sepak Palestin kerana dia merupakan seorang pemain muda yang sangat berbakat dan membantu pasukannya memenangi pelbagai kejuaraan di peringkat akar umbi.
Tiga tahun dahulu, Sa’id dipilih antara lapan pemain dari Palestin menyertai Akademi Bola Sepak Pele Palestin-Jerman dan telah mewakili negaranya dalam tiga pertandingan antarabangsa di Turki dan Jordan.
Malah, Sa’id juga dipilih menyertai skuad elit untuk mewakili Palestin dalam Akademi Utama di Jerman dan dia berpotensi menjadi bintang muda terbaik di Asia di masa depan.
Namun, segalanya tidak menjadi kenyataan kerana Israel telah memusnahkan masa depan semua pemain muda ini gara-gara konflik di antara dua negara itu. – MalaysiaGazette. – MalaysiaGazette
Teruskan bersoladariti memberi segala bentuk sokongan moral yang padu, kewangan dsb kepada semua para pejuang! Jangan berhenti mendoakan kemenangan mereka.
InshaAllah, bersama2 pasukan pejuang yang disayangi Allah SWT, umat Islam akan sekali lagi akan menang sepertimana peristiwa kemenagan didalam Perang Khaibar.
Sekali lagi kita dapat memasuki Majidil Al Aqsa dengan penuh kemuliaan sepertimana yang pernah berlaku dizaman para sahabat yang mana Bilal telah melaungkan azan disana! Tidak perlu lagi untuk mendapatkan kebenaran polis2 Yahudi untuk memasuki dimana2 sahaja pintu masjid Al Aqsa!
Allahuakbar!