Home Pendapat Israel cabul undang-undang antarabangsa

Israel cabul undang-undang antarabangsa

Sebuah bangunan di daerah Rimal musnah dibedil tentera Israel. foto Agensi

REJIM Zionis Israel terus melakukan serangan kejam ke atas penduduk awam Palestin di semenanjung Gaza, bangunan infrastruktur, pejabat pentadbiran, bangunan media antarabangsa, hospital, masjid, tapak pertanian dan sebagainya. Semakin ramai bilangan orang awam terkorban, termasuklah kanak-kanak dan warga tua yang tidak berdosa.

Tidak cukup dengan kekejaman itu, regim Zionis Israel juga telah menggunakan senjata yang terlarang, seperti bom gas phosphorus yang diledakkan ditempat awam. Tindakan kejam regim Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan ini telah banyak melanggar undang-undang antarabangsa, mencabuli hak asasi kemanusiaan serta hak asasi agama.

Di zaman canggih yang dilengkapi dengan kemudahan media sosial ini, regim Zionis Israel tidak lagi mampu menyembunyikan kezaliman mereka dan menyekat penyebaran berita sebenar. Walaupun baru-baru ini regim Zionis Israel telah mengebom sebuah Menara media antarabangsa seperti al-Jazeera, namun berita semasa dan kebenaran tidak dapat disekat dan ianya terus tersebar keseluruh pelusuk dunia.

Sumber berita media sosial terus menerus melaporkan pelbagai bentuk kekejaman dan
pengeboman awam dilakukan oleh regim Zionis Israel ke atas kediaman awam serta penempatan pelarian. Ramai orang awam termasuk bayi telah terkorban atau sekurang-kurangnya tercedera saban hari.

Sebagai contoh ialah keluarga orang awam bernama Muhammad al-Hadidi dan Abu Hatab. Ada antara mereka yang telah kehilangan sembilan ahli keluarga dalam sekelip mata. Rumah kediaman Muhammad al-Hadidi telah dibom oleh regim Zionis Israel yang telah mengorbankan isteri dan empat anaknya. Hanya beliau dan seorang bayinya yang terselamat.

Antara kekejaman lain yang telah dilakukan oleh regim Zionist Israel ialah menyerang kemudahan awam seperti hospital, masjid, jalan raya, pusat pembekalan elektrik, dan sebagainya. Tidak cukup dengan kerakusan zalim tersebut, regim Zionis Israel juga turut mengebom jalan-jalan utama ke hospital di Gaza. Sebagai contoh, regim Zionist Israel telah mengebom jalan-jalan utama ke Hospital Shofa yang merupakan hospital terbesar di Gaza.

Keadaan ini amat menyukarkan pihak ambulan dan pasukan paramedik untuk keluar dan membawa mangsa-mangsa yang tercedera ke hospital. Sebelum ini, bekalan perubatan juga turut disekat oleh regim Zionis Israel. Antara masjid yang telah runtuh menyembah bumi akibat diletupkan oleh regim Zionist Israel ialah Masjid Qalibo yang terletak di utara
Gaza.

Media Palestin turut melaporkan bahawa regim Zionis Israel telah meledakkan bom gas fosforus putih (white phosphorus) yang amat merbahaya di beberapa kawasan seperti di Timur Al Senati dan Khuzaa, Timur Khan Yunis, serta Al Atatra, Beit Lahiya, Lod dan lain-lain. Bom fosforus ini telah diharamkan oleh undang-undang antarabangsa. Sebelum ini, regim Zionist Israel telah gunakan bom fosforus pada perang dalam tahun 2008-2009.

Ini juga merupakan pencabulan undang-undang antarabangsa secara terang-terangan. Bomb fosforus ini merupakan unsur yang paling mudah menyala apabila berinteraksi dengan udara. Dikatakan, nyalaannya menghasilkan haba setinggi hingga 2,500°C. Antara bahaya bom fosforus ini ialah tubuh akan mudah terbakar dan kulit serta isi akan melecur serta hancur apabila tersentuh fosforus ini.

Selain itu, ia juga boleh merosakkan sistem pernafasan dan menyebabkan kerosakan organ dalaman. Antara mangsa yang terkena bom fosforus ini akan mengalami pelecurang muka dan tubuh badan yang amak teruk sehingga menjejaskan rupa wajah sebenar.

Terdapat pelbagai bentuk pencabulan undang-undang antarabangsa dan jenayah peperangan lain yang telah dilakukan oleh regim Zionist Israel ke atas penduduk Palestine, khasnya di Gaza Ketika ini. Oleh itu, setiap pihak harus mengambil tindakan tegas dan segera berusaha menghentikan kekejaman regim Zionis Israel.

Alhamdulillah, saban hari kita menyaksikan solidariti sokongan kepada rakyat palestin di
merata dunia. Akan tetapi regim Zionist Israel masih bebas meneruskan kerakusannya dalam menyerang penduduk Gaza dengan alasan terdapat tentera Hamas di bangunan tersebut.

Namun, dakwaan regim Zionist Israel itu hanya sekadar alasan kerana bangunan dan mangsa yang diletupkan adalah bangunan awam dan mangsanya hanyalah rakyat biasa yang terdiri daripada kanak-kanak, bayi dan warga tua. Justeru, semua pihak perlu mengambil tindakan yang lebih tegas, telus dan segera bagi menghentikan jenayah
dan pencabulan terbuka ini.

Penulis: Dr. Mohd Rosmizi bin Abd Rahman
Pensyarah Kanan dan Ketua Program
Program Pengajian Akidah dan Agama
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

1 Komen

  1. Teruskan bersoladariti memberi segala bentuk sokongan moral yang padu, kewangan dsb kepada semua para pejuang! Jangan berhenti mendoakan kemenangan mereka.

    InshaAllah, bersama2 pasukan perjuang yang disayangi Allah SWT, umat Islam akan sekali lagi akan menang sepertimana peristiwa kemengan didalam Perang Khaibar.

    Sekali lagi kita dapat memasuli Majidil Al Aqsa dengan penuh kemuliaan sepertimana yang pernah berlaku dizaman para sahabat yang mana Bilal telah melaungkan azan disana! Tidak perlu lagi untuk mendapatkan kebenaran polis2 Yahudi untuk memasuki dimana2 sahaja pintu masjid Al Aqsa!

Comments are closed.