Home Seni Hidup Jalan Wong Ah Jang: Dari lorong gelap ke lorong cahaya

Jalan Wong Ah Jang: Dari lorong gelap ke lorong cahaya

Komuniti muslim Jalan Wong Ah Jang kini berpeluang menunaikan solat berjemaah di Surau Al-Hidayah.

KUANTAN –  Sinar hidayah menyuluhi golongan rentan di penempatan Jalan Wong Ah Jang di sini apabila hasil sumbangan orang ramai membangunkan surau di aras satu premis perniagaan di laluan utama bandar raya itu terus dimanfaatkan oleh penghuninya.

Siapa sangka dahulunya lokasi tersebut merupakan pusat hiburan kini bertukar wajah menjadi tempat untuk menunaikan ibadat, kelas mengaji dan fardhu ain.

Kalau dahulu premis ini dikenali pusat permainan snuker kini berubah wajah menjadi surau di Kuantan.

Jika dahulu, golongan rentan di sini rasa tersisih daripada masyarakat akibat pemikiran dan anggapan negatif  pekerjaan dan kehidupan lalu namun perspektif tersebut meleset sama sekali apabila sudah mula menerima sokongan daripada semua lapisan rakyat.

Pengasas Dapur Infaq Ummah, Badrul Kamili Kamaruddin berkata, usaha membina surau untuk komuniti tidak mustahil dengan adanya pelbagai bantuan daripada sukarelawan dan individu bagi dalam menunaikan impian kelompok itu untuk memiliki surau.

“Usaha ini dimulakan sejak tahun 2018 bagi mendekati golongan di sini, dakwah secara halus dengan mendekati mereka dan memahami keperluan mereka.

“Meskipun pada mulanya agak sukar namun usaha yang berkekalan sehingga mereka suarakan keinginan memiliki surau dan ingin mendekati agama lebih mendalam.

“Ramai pihak datang membantu dan memberi sumbangan bersama menunaikan impian anak-anak untuk belajar solat dan mengaji di sini, termasuk pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui hari ini.

Aktiviti mengaji dan kelas fardhu ain dijalankan selepas solat berjemaah

Bagi yang Nurul Salfiza Che Harun, 32, yang telah merantau ke negeri ini sejak lima tahun lalu menganggap transformasi di Lorong Wong Jang sangat dirasainya.

“Rasa sebak, gembira terharu, bersyukur sebab untuk diri saya beribadah, cari pahala dan budak-budak ternyata sangat berbeza dan sukar dipercayai.

“Mejoriti ramai-kanak-kanak di sini, tapi tiada yang betul-betul datang memberi sokongan seperti sekarang, mereka memang perlu tempat belajar solat dan mengaji.

“Kalau dulu orang yang datang memberi bantuan di sini hanya mahukan nama tapi kini kami dah rasa didekati dan diterima oleh masyarakat bila sampai tahap ada surau ini,” ujar Nurul.

ARTIKEL BERKAITAN :

Dapur Infaq agih sebungkus nasi buat golongan rentan

Belanjawan 2021 beri tumpuan golongan rentan terjejas – PM

Manakala bagi Mohd Syukran Adam Shah, 15, yang baru sebulan tinggal di bilik sewa di kawasan berkenaan rasa bertuah mendapat melakukan aktiviti sihat dan solat berjemaah bersama rakan-rakan baru.

“Saya harap kawan-kawan datang juga solat dan mengaji bersama-sama di sini, kerana surau di sini selesa dan bersih,” katanya.

Dalam pada itu, Majlis Ugama adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan membantu meringankan kos sewa sebanya RM850 termasuk sumbangan individu.

Sumbangan menaik taraf Surau Al-Hidayah sangat diperlukan

Surau Al-Hidayah Komuniti Wong Ah Jang kini dalam proses pengubahsuaian dengan menambah ruang wuduk dan pengasingan bilik air antara ruang muslimin dan muslimat.

Justeru semua sumbangan daripada pelbagai betuk bantuan dialu-alukan.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank Rakyat 1100112829 atas nama Pertubuhan Dapur Infaq Ummah atau hubungi talian 0168841894 . – MalaysiaGazette