Home Sukan Kane mahu tinggalkan Spurs

Kane mahu tinggalkan Spurs

Harry Kane. Foto Eurosport.

LONDON – Penyerang sensasi, Harry Kane dilaporkan sudah memberitahu Tottenham Hotspur bahawa beliau mahu meninggalkan pasukan tersebut pada akhir musim ini.

Ini bukan pertama kali kapten England itu berbuat demikian, namun dia seringkali mengubah keputusannya untuk terus kekal ketika Spurs bertegas enggan menjualnya.

Perkembangan terkini Kane itu pastinya membuatkan beberapa kelab seperti Manchester United, Manchster City dan Chelsea bersedia untuk menawarkan kontrak kepada pemain tersebut.

Kane pernah memberitahu bahawa beliau tidak pernah menutup pintu untuk cabaran baharu di kelab lain.

Musim ini, Spurs sekali lagi menamatkan musim tanpa trofi dan faktor itu membuatkan beliau mahu mencari kelab yang lebih menjanjikan kejayaan untuknya.

Bagaimanapun Kane dikatakan lebih cenderung untuk terus kekal beraksi di England walaupun kelab seperti Real Madrid dan PSG turut dikaitkan dengan pemain itu.

City dan Chelsea boleh dianggap sebagai dua kelab yang lebih memerlukan Kane berbanding United yang bukannya baru dikaitkan dengan Kane, malah sudah beberapa tahun.

NamunĀ  kelab tersebut sudah melanjutkan kontrak Edinson Cavani dan dikatakan lebih fokus kepada pembelian pemain pertahanan.

Chelsea masih mencari penyerang yang prolifik manakala City mahu menggantikan Sergui Aguero walaupun penyerang Erling Haaland dan Romelu Lukaku juga dikaitkan dengan City dan Chelsea. – MalaysiaGazette