Home Sukan Doa untuk Palestin – Pogba

Doa untuk Palestin – Pogba

Paul Pogba (kiri) dan Amad Diallo.

MANCHESTER – Dua pemain Manchester United, Paul Pogba dan Amad Diallo mengibarkan bendera Palestin di Old Trafford selepas pasukannya seri 1-1 dengan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pogba menerima bendera berkenaan oleh penyokong ketika mahu mengelilingi stadium sebagai tanda penghargaan kerana ia adalah perlawanan terakhir United di laman sendiri musim ini.

Pemenang Piala Dunia itu bersama pemain muda, Ahmad Diallo yang kedua-duanya beragama Islam memegang bendera Palestin di depan 10,000 penonton yang hadir selepas sekatan terhadap Covid-19 dilonggarkan.

“Ayuh pastikan dunia kita selamat dan bebas daripada keganasan. Doa untuk Palestin,” tulis Pogba di Instagram.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, rejim Zionis Israel terus membedil Gaza yang menyebabkan kematian 213 orang rakyat Palestin termasuk 61 kanak-kanak dan mencederakan lebih 1,400 orang sejak seminggu lalu ketika berdepan pejuang Hamas.

Protes diadakan di seluruh dunia termasuk bandar-bandar besar Eropah seperti London, Berlin, Madrid dan Paris bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Pemain Leicester City, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana sebelum ini menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Chelsea pada final Piala FA dengan memegang bendera negara ketika di Wembley.

Dua bintang Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane juga antara bintang bola sepak yang menyatakan sokongan kepada Palestin di media sosial. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Terbaiklah Pogba dan Amad. Dan tahniah kpd MU kerana tk bunyi pun nk ambil tindakan macamna pasukan arsenal..
    Elok sgt la arsenal makin teruk pun jatuh hgga tk layak ke liga eropah, apatah lagi nk masuk senarai empat pasukan terbaik EPL . Itu semua adalah kerana telah menganiaya dan menzalimi pemain seperti Ozil dan mgkin jgk lepas ni El Neny pun akan dikenakan tindakan yg serupa.
    Aku sebagai penyokong arsenal sejak sekian lama cukup kecewa dgn pemilik dan pengurusan arsenal.
    Elok sgt arsenal tersungkur.

Comments are closed.