Home Nasional Jumlah kematian Covid-19 lepas 2,000 kes

Jumlah kematian Covid-19 lepas 2,000 kes

worst scenario new Variant of Concern VOC Director-General of Health Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah at a news conference on the Covid-19 updates in the country. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 08 MAY 2021. Covid-19 new daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Jumlah keseluruhan kematian Covid-19 melepasi paras 2,000 dengan 46 kes kematian direkodkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini sebanyak 2,040 kes kematian direkodkan, atau 0.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Katanya, daripada 46 kes kematian kesemuanya adalah warga tempatan kecuali seorang wanita asing berusia 55 tahun meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

Tambah beliau, salah seorang mangsa adalah remaja lelaki berusia 17 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kornik Leukimia meninggal dunia di Hospital Ampang.

Ujarnya, pesakit paling tua adalah wanita kelahiran Sarawak berusia 91 tahun meninggal dunia di Hospitakl Sarikei dan menghidap kencing manis, darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor merupakan negeri yang paling banyak merekodkan angka kematian hari ini iaitu sebanyak, 19 kes diikuti Sarawak (tujuh kes), Johor (enam kes), Kelantan (empat kes) dan masing-masing dua kematian di Sabah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kedah manakala masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.

Sementara itu, beliau memberitahu, daripada 6,075 kes baharus positif Covid, tiga merupakan kes import dan selebihnya 6,072 kes adalah tempatan.

“Jumlah kes aktif di dalam negara setakat ini adalah 47,340 kes.

“Justeru jumlah kes pesakit Covid-19 yang sedang menerima di wad Unit Rawatan Rapi pada hari ini meningkat iaitu 559 kes manakala jumlah pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan juga menyaksikan kenaikan iaitu 303 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 3,516 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 436, 116 kes. – MalaysiaGazette