KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal Michael Ang menyuarakan pendapat berkenaan isu yang hangat diperkatakan melibatkan rentas negeri oleh golongan selebriti.
Menerusi hantaran di laman Instagram Michael Ang Hai Swee, beliau berkata, pelanggaran prosuder operasi standard (SOP) itu sebenarnya turut melibatkan rakyat biasa.
Dial tidak bersetuju apabila netizen menuding jari sepenuhnya kepada artis dan golongan kayangan.
Ini kerana, sebenarnya ramai sahaja rakyat biasa yang melanggar SOP cuma ia tidak ‘dilihat’ oleh lensa kamera.
“Terimalah hakikat wahai rakyat Malaysia, tak payah lah nak menyumpah dan maki orang-orang yang dapat balik kampung beraya atau beraya yak yak yeh kat IG!
“Terimalah hakikat yang kau orang tak ada kable fibre optic, kabel kau orang masih copper! Tapi seriously, bukan ARTIS atau orang kayangan je yang boleh rentas negeri. Banyak orang biasa pun buat benda sama!” tulisnya.
Michael turut mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mementingkan diri kerana pulang beraya di kampung halaman dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menurutnya, perbuatan itu jelas melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan di mana, rakyat tidak dibenarkan merentas negeri. – MalaysiaGazette