Home Ekonomi RON97 naik satu sen seliter

RON97 naik satu sen seliter

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak satu sen seliter kepada RM2.61 seliter bagi tempoh 20 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette