KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 24 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.
Penemuan itu merupakan rekod baharu berbanding 22 kluster yang dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, sembilan daripada kluster tersebut membabitkan tempat kerja, tujuh berkaitan komuniti, enam kluster keagamaan dan dua mengenai sektor pendidikan.
Kluster itu dikesan di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Melaka, Kedah, Sarawak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Menerusi penemuan itu, Noor Hisham memaklumkan, jumlah keseluruhan kluster Covid-19 yang di negara ini adalah sebanya 1,966 kluster. – MalaysiaGazette