Home Nasional Menteri besar, ketua menteri diundang hadir mesyuarat MKN esok

Menteri besar, ketua menteri diundang hadir mesyuarat MKN esok

Menteri Besar of Selangor Amirudin Shari Covid-19 infection rate
Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya telah menerima makluman bahawa menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri  akan diundang ke mesyuarat Majlis Keselatanan Negara (MKN) yang dijadualkan esok.

”Terima kasih atas undangan semula ini, saya komited hadir untuk ketengahkan pandangan demi kepentingan rakyat Negeri Selangor,” katanya menerusi Twitter.

Sebelum itu, Amirudin berkata, mesyuarat MKN esok tidak membabitkan menteri besar dan ketua menteri seperti sebelum ini. –

Selangor menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.

Hari ini Selangor merekodkan 2,277 kes, kurang 26 kes berbanding semalam. –  MalaysiaGazette