MGNews: Kemenangan Besar Buat Saya! Pendakwa Raya Gagal Bukti Wang Ada Kaitan 1MDB – Najib

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan melucut hak wang tunai sebanyak RM114 juta yang disita oleh polis pada tahun 2018 dari Pavilion Residences.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan wang tunai itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).