Home Utama 6,493 kes baharu, Selangor kekal rekod tertinggi

6,493 kes baharu, Selangor kekal rekod tertinggi

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 yang dicatatkan hari ini masih melebihi 6,000 dengan sebanyak 6,493 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu menghampiri setengah juta, iaitu 498, 795 kes.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor masih kekal dengan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,163 kes baharu hari ini.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 641 kes, Sarawak (612), Kelantan (467), Kedah (434) dan Johor (406).

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette