Home Seni Hidup Caprice tenang, 2 influencer Israel pula gelabah

Caprice tenang, 2 influencer Israel pula gelabah

Caprice berhujah bersama dua influencer di Israel iaitu Shiraz dan Orin secara live di Instagram.

KUALA LUMPUR – Tindakan penyanyi, Caprice mengadakan persidangan video secara langsung di Instagram bersama dua influencer di Israel iaitu Shiraz dan Orin telah mendapat perhatian netizen apabila ditonton lebih 200,000 orang.

Menurut Caprice, tujuan dia berbuat demikian bersama rakyat Israel itu bukan mahu menghentam sesiapa namun lebih kepada ingin menanam idea baharu dalam kalangan penduduk di sana tentang isu pergelutan kemanusiaan di Palestine.

Bukan itu sahaja, apabila ditanya mengapa Israel mahu mengambil tanah Palestin, jawapan mereka cukup mudah kerana mereka tiada tempat untuk dituju dan mahu mengambil semula tanah mereka serta tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak salah.

Bahkan, live tersebut kelihatan tegang apabila berlaku pendebatan apabila wanita berkenaan yang dipercayai tidak gemar dengan soalan yang dilontarkan oleh Caprice.

Malah, Caprice terus berhujah dengan fakta walaupun menerima jawapan yang tidak berasas daripada kedua-dua individu tersebut.

Live yang berlangsung selama dua jam tersebut berjaya meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen menzahirkan rasa berang mendengar jawapan kedua-dua individu itu.

Sementara itu, ada netizen turut berpendapat, berhujah dengan orang yang tidak berilmu dan berfikiran sempit hanya membuang masa.

Namumn, rata-rata mereka melahirkan rasa hormat dan bangga kepada Caprice kerana berani menggunakan platform media untuk memberikan kebenaran bersama fakta kepada para penduduk di Israel.

Tahap kesabaran Caprice ketika live tersebut turut dipuji netizen walaupun tidak mendapat jawapan yang diinginkan sepanjang live berlangsung.

Sebelum ini, Caprice juga pernah live berdebat secara spontan bersama penduduk di Israel dan turut mendapat perhatian ramai. – MalaysiaGazette