Home Dunia Genjatan senjata tidak cukup, isu utama pencerobohan Baitulmaqdis – Menteri Luar Palestin

Genjatan senjata tidak cukup, isu utama pencerobohan Baitulmaqdis – Menteri Luar Palestin

Penduduk Palestin meraikan genjatan sentaja yang diumumkan hari ini.

BAITULMAQDIS – Genjatan snjata adalah baik tetapi ia tidak mengajukan ‘isu utama’ di rantau tersebut, kata Menteri Luar Palestin, Riyad al Maliki.

Beliau berkata, genjatan senjata di Gaza akan membolehkan 2 juta penduduk Palestin tidur tetapi ia ‘tidak mencukupi langsung’.

Dunia perlu menangani isu masa depan Baitulmaqdis yang sukar itu dan Palestin menjadi negara yang merdeka, katanya.

Israel menceroboh timur Baitulmaqdis, di samping Tebing Barat dan Gaza pada 1967.

Israel memperluaskan pencerobohannya di timur Baitulmaqdis pada 1980, tindakan yang tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Lebih 200 penempatan Yahudi dibina di kawasan yang diceroboh di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis dengan penduduk seramai 620,000 antara 1967 hingga 2017, menurut B’tselem.

Al Maliki yang menuduh Israel cuba menghapuskan kepelbagaian budaya, karakter agama bandar Baitulmaqdis di mana pembinaan penempatan itu memadamkan jejak Palestin berkata: “Kami menentangnya, kami menolaknya dan kami akan terus berusaha menghalang ia daripada berlaku,”.

Beliau berkata, menormalisasikan hubungan Israel dengan beberapa negara Arab, termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, tidak mengenepikan persoalan masa depan Baitulmaqdis dan negara Palestin.

“Sebaliknya, hari ini kami melihat isu Palestin dan persoalan palestin, isu Baitulmaqdis dan pencerobohan Baitulmaqdis merupakan isu paling penting untuk semua umat Islam dan Arab dan dunia,” kata Al Maliki.

“Kami mahu melihat penduduk Palestin bebas dan tinggal di negara Palestin yang merdeka dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya.

Kali terakhir rundingan secara terus dilakukan antara Israel dan Palestin pada 2014.

Palestin memutuskan hubungan dengan pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Disember 2017 selepas beliau mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila British, Amerika dan lain² negara mengiktiraf negara haram israel yahudi laknatullah, ianya berterusan menjadi masalah kpd Palestin dan rakyatnya serta umat islam keseluruhannya.
    Dan mereka jgk memperbodohkan pemimpin negara² arab supaya turut mengiktirafnya.

Comments are closed.