SHAH ALAM – Akibat pandemik yang melanda negara, rata-rata peniaga melalui keadaan genting bagi meneruskan kelangsungan hidup samada usahawan itu sendiri mahupun pekerja. Dengan peningkatan kes yang mendadak dan merekodkan jumlah kematian tertinggi, para peniaga mula mengeluh dan bimbang mengenai pendapatan mereka merudum selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Walaupun berdepan dengan cabaran getir ekoran situasi semasa, peniaga tetap meneruskan kegiatan ekonomi biarpun berdepan pelbagai sekatan susulan pandemik COVID-19. Dengan peraturan tidak boleh ‘dine-in’ menjejaskan pendapatan, harapan peniaga memang kepada pembeli yang datang untuk bungkus atau membuat pesanan secara dalam talian.