LONDON – Bintang muda pertahanan Manchester City, Ruben Diaz dinamakan sebagai pemain terbaik tahun 2021 oleh Persatuan Penulis Sukan.
Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Etihad dengan harga £65 juta dari Benfica musim lalu.
Dia memainkan peranan utama membantu pasukan Pep Guardiola menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao selain akan beraksi dalam final Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea 29 Mei ini.
“Adalah satu kebangsaan dan kesyukuran besar kerana dipilih sebagai pemain terbaik oleh penulis sukan. Pun begitu, saya tidak boleh mencapai tahap ini tanpa kerjasama padu pasukan.
“Anugerah ini bukti bagaimana pasukan kami bekerjasama untuk membangunkan setiap perlawanan kami untuk menang di atas padang dengan semangat juang tinggi,” katanya.-MalaysiaGazette