Home Ekonomi BSN masih tawar bantuan bayaran bersasar

BSN masih tawar bantuan bayaran bersasar

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) masih meneruskan Pakej Penyusunan Semula Pembiayaan serta Program Bantuan Pembayaran Balik Bersasar bagi membantu para pelanggannya yang menghadapi kesulitan kewangan dalam meneruskan pembayaran ansuran bulanan pinjaman atau pembiayaan mereka.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairul berkata, pelanggan yang masih memerlukan bantuan untuk segera memohon bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh BSN.

Menurutnya, sebarang bantuan pembayaran yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mereka.

Bagi memudahkan para pelanggan, permohonan Pakej Penyusunan Semula Pembiayaan atau Program Bantuan Pembayaran Balik Bersasar BSN boleh dibuat melalui laman web https://www.bsn.com.my/page/TRA. – MalaysiaGazette