![MGF_ICU21](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/05/MGF_ICU21-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan sebanyak 61 kes kematian akibat Covid-19 hari ini merupakan jumlah kes meninggal dunia harian terbanyak setakat ini.
Dengan pertambahan kes itu, jumlah yang meninggal dunia akibat wabak tersebut kini meningkat kepada 2,309 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, jumlah tertinggi turut dicatatkan bagi kes yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 711 di tempatkan di unit berkenaan.
Jelasnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah sebanyak 60,018 kes.
Bagaimanapun, kes sembuh baharu bagi hari ini adalah sebanyak 3,452 menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada Covid-19 iaitu 456,273 orang .
Terdahulu, Noor Hisham melalui Twitter memaklumkan sebanyak 6,509 kes dilaporkan hari ini dengan 6,489 merupakan penularan tempatan manakala, 20 lagi adalah kes import. – MalaysiaGazette