Home Sukan KDA FC tak minat dengan Sanjar Shaakhmedov

KDA FC tak minat dengan Sanjar Shaakhmedov

Sanjar Shaakhmedov.

KUALA LUMPUR – Tiada rundingan antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sanjar Shaakhmedov bagi membawa pemain itu ke utara tanah air untuk menghadapi baki saingan musim 2021.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali dimana beliau menegaskan berita mengenai perpindahan Sanjar ke Kedah hanya khabar angin belaka.

“Benda tu (perpindahan Sanjar) tak sampai kepada pengetahuan saya pun, biasalah rumours macam-macam (melibatkan) Hafizul Hakim dan ramai lagi nak datang ke Kedah dan sebagainya, tetapi tiada sebarang rundingan pun,” katanya menurut laporan Sukanz.

Sanjar sebelum ini dilaporkan bakal kembali ke Terengganu namun perkara tersebut tidak menjadi kenyataan setelah skuad bimbingan Nafuzi Zain meminjam Lee Tuck dari Sri Pahang.

Khamal Idris turut menyatakan akan ada perubahan kecil yang dilakukan dari segi pemain tempatan bagi memperkuatkan pasukan khususnya untuk menghadapi saingan Piala AFC.

KDA kini memiliki lima pemain import pasukan iaitu K.Anumanthan (Singapura), Rabih Ataya (Lubnan), Renan Alves (Brazil), Tchetche Kipre (Ivory Coast) dan Kpah Sherman (Liberia). – MalaysiaGazette