
KUALA LUMPUR – Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) di Bayan Baru, Pulau Pinang akan ditutup buat sementara waktu mulai hari ini (24 Mei 2021) hingga dimaklumkan kelak, setelah seorang kakitangan cawangan tersebut didapati positif Covid-19.
Penutupan ini berikutan pematuhan kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.
MEnurutnya, kakitangan KWSP tersebut kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan, manakala pengesanan kontak sedang dilaksanakan.
Selain itu, berkuatkuasa 25 Mei 2021, waktu operasi kaunter perkhidmatan terbaru di semua cawangan KWSP di seluruh negara adalah daripada 8.30 pagi hingga 2 petang, hingga dimaklumkan kelak.
Ini berikutan pengumuman kerajaan untuk memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Dalam tempoh ini, lawatan ahli hanya boleh dibuat melalui janji temu sama ada melalui
saluran Janji Temu Online di laman web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu atau panggilan khas daripada cawangan berkenaan.
Kehadiran di cawangan tanpa membuat janji temu adalah tidak dibenarkan sama sekali. Hanya perkhidmatan yang tersenarai di dalam Janji Temu Online dan panggilan khas yang terdapat di cawangan pada tempoh PKP ini. – MalaysiaGazette