Home Utama Siasat punca kemalangan – PM

Siasat punca kemalangan – PM

Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh berhubung untuk mengenalpasti punca kemalangan yang melibatkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memandang serius insiden tersebut mahu tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.

Kemalangan yang berlaku pada jam 8.45 malam itu membabitkan dua buah tren Laluan Kelana Jaya di Stesen KLCC – KJ 10, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pelanggaran antara koc tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Baru yang dipandu secara automatik dengan kOC daripada Stesen Kg Bharu menghala ke Stesen KLCC dipandu secara manual.

Dikatakan, pemandu koc daripada stesen KLCC tidak dapat mengesan koc daripada Kg Bharu kerana berlaku salah faham daripada pusat kawalan.

”Semoga kerja-kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terlibat selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera.

”Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan dan saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik Covid-19 yang sedang meningkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semasa kejadian, tren yang membawa penumpang dipenuhi seramai 213 orang.

Daripada jumlah itu, 166 orang mengalami cedera ringan dan 47 lagi dilaporkan parah.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette