Home Nasional Bantuan khas RM1,000 kepada 213 penumpang terlibat kemalangan tren LRT

Bantuan khas RM1,000 kepada 213 penumpang terlibat kemalangan tren LRT

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (dua kanan) meninjau Stesen LRT KLCC susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya di Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Semua 213 penumpang yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran Stesen KLCC malam tadi akan menerima bantuan khas daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkuatkuasa serta merta.

Bantuan khas itu terdiri daripada sumbangan wang tunai RM1,000 untuk setiap penumpang tanpa mengiri tahap kecederaan yang dialami.

Bagi penumpang yang dirawat di hospital, Prasarana akan menanggung semua kos perubatan sehingga mereka dibenarkan keluar dari hospital termasuk juga kos rawatan susulan sehingga mereka pulih.

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mengumumkan bantuan khas kepada mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat tragedi itu di mana Prasarana akan membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan menjaga kebajikan termasuk keluarga masing-masing.

Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bercakap selepas meninjau Stesen LRT KLCC susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya di Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2021.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau lokasi kemalangan yang melibatkan dua tren di laluan Kelana Jaya bertembung berhampiran Stesen KLCC.

Menurut Tajuddin, perkhidmatan tren di laluan tersebut berjalan seperti biasa dan pihaknya akan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang.

Kemalangan yang menyebabkan 64 penumpang dimasukkan ke hospital dan enam daripadanya ini kritikal termasuk tiga memerlukan rawatan pernafasan itu adalah yang pertama sepanjang 23 tahun perkhidmatan LRT,