Home Seni Hidup Boleh tak pakai otak sebelum tulis di media sosial? – Mira Filza

Boleh tak pakai otak sebelum tulis di media sosial? – Mira Filza

Mira Filzah.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengecam tindakan segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab dalam membuat kenyataan di media sosial mengikut ‘kepala sendiri’ tanpa mengambil tahu kesahihannya.

Menerusi laman Twitter, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman meluahkan rasa bengang dengan berkongsi semula mengenai seorang wanita bernama Aqila Yusri berhubung kes berita palsu.

Pelakon berusia 28 tahun itu meminta orang ramai berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi sebarang maklumat supaya tidak mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Boleh tak yang nak post apa apa dekat instagram ke twitter ke buat content ke, statement ke, bergurau ke, pakai otak sikit?” tulisnya.

Sejak kebelakangan ini banyak kenyataan palsu muncul di media sosialnya.

Aqila mendakwa kononnya kematian pemanah negara Allahyarham Haziq Kamaruddin  disebabkan darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca.

Dia turut mendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyembunyikan punca sebenar kematian Allahyarham dan melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat.

Pihak polis kini giat mengesan wanita berkenaan.

Pada masa sama, polis juga telah mengambil keterangan pemilik akaun Facebook N9 Radar mengenai hantaran di media sosial yang didakwa mencetuskan kekeliruan kepada orang awam.

Hantaran tersebut memaparkan satu gambar dengan mesej ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor Darul Ehsan’. – MalaysiaGazette