Home Nasional HKL adakan sidang media nahas LRT

HKL adakan sidang media nahas LRT

Mangsa dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan susulan kemalangan dua LRT dari arah Gombak dan Kelana Jaya bertembung di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijadualkan akan mengadakan satu sidang media jam 6 petang ini.

Sidang media itu dipercayai akan menyentuh perkembangan terkini mengenai insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berhampiran KLCC, malam tadi.

”Jam 6 petang ini akan diadakan satu sidang media di auditorium HKL yang akan dihadiri Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray, Prasarana dan Kementerian Pengangkut dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa,” kata jurucakap HKL.

Media melaporkan sebanyak enam penumpang yang terlibat dalam kemalangan dua tren LRT malam tadi kritikal dan tiga daripadanya menggunakan alat bantun pernafasan.

Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat terkini HKL, 15 penumpang lagi berada dalam keadaan separa kritikal manakala 43 orang lagi tidak kritikal.

Sebanyak 64 mangsa kemalangan berhampiran Stesen LRT KLCC itu dibawa ke HKL. – MalaysiaGazette