KUALA LUMPUR – Penyanyi muda, Iman Troye mencetuskan kemarahan dalam kalangan segelintir warga maya gara-gara memilih angka kes baharu Covid-19 sebagai bahan hantarannya.
Mungkin pada asalnya dia cuma mahu bergurau tetapi ciapan berkenaan nampak memakan dirinya sendiri apabila dia disifatkan tidak sensitif kepada wabak yang menjejaskan kehidupan ramai orang.
Malah dia menulis statistik angka jangkitan sambil mengiringi sendirannya dengan perkataan gembira.
Pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin juga dianggap tidak matang kerana boleh bergurau mengenai peningkatan harian angka jangkitan dan kematian.
Kemarahan netizen bertambah apabila Iman, 18, mengakhiri ciapannya dengan penggunaan tanda pagar #KerajaanGagal.
Selepas beberapa jam memuat naik status berkenaan, Iman dilihat menyah aktif akaun Twitter berkenaan.
Netizen antaranya berkata, Covid-19 bukan bahan gurauan kerana ia mengakibatkan petugas barisan depan keletihan dan ramai orang meninggal dunia.
“Petugas barisan depan kepenatan, ramai orang mati, dan kau berani ciap; harap esok boleh dapat 7,000 seolah-oleh ia satu gurauan. Sangat tak sensitif,” ciap seorang pengguna Twitter.
Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,976 kes baharu Covid-19 manakala hari ini setakat tengah hari tadi 6,509 lagi jangkitan dilaporkan.
Selangor mencatat jangkitan baru tertinggi dengan 2,049 kes diikuti Sarawak (530), dan Johor serta Kuala Lumpur yang kedua-duanya mencatat 468 kes. – MalaysiaGazette
Bangang punya org.. Kalau kerajaan ni gagal tangani covid, sekali dgn hang dah mampuih dh…
Kerajaan dah berikhtiar, tapi rakyat yg gagal ikut SOP, ikut arahan yg dikeluarkan. Kerajaan kata tk boleh balik kampung dlm keadaan covid ni, depa hina maki mafti dan sebagainya.
Kerajaan buka sektor ekonomi pun depa kata tk pentingkan. Sedangkan ekonomi jgk penting utk imbangi keperluan rakyat dan negara ketika ini. Yg penting semua kena akur dan ikut SOP.
Depa dok rasa depa saja yg betul, org lain semua salah..