Home Utama Jangkitan Covid-19 rekod kes tertinggi 7,289

Jangkitan Covid-19 rekod kes tertinggi 7,289

Petugas kesihatan membawa ke wad berlainan bagi meraawat pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Malaysia terus merekodkan kenaikan kes jangkitan Covid-19 dengan 7,289 kes setakat jam 12 tengah hari tadi berbanding 6,509 semalam.

Ia merupakan kes tertinggi harian terbaharu.

Selangor masih mengekalkan rekod jangkitan tertinggi kepada 2,642 kes, kenaikan 593 kes berbanding semalam.

Johor berada di tempat kedua tinggi iaitu 664 kes, Kuala Lumpur (604), Sarawak (513), Negeri Sembilan (410) dan Pulau Pinang (380).

Manakala Kedah (336), Terengganu (268), Sabah 266 kes, Melaka (258), Pahang (211), Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis (8)

Dengan jumlah terbaharu ini, jumlah kes keseluruhan Covid-19 bertambah kepada 525,889. – MalaysiaGazette