Home Dunia Kes kematian Covid-19 di India melepasi 300,000

Kes kematian Covid-19 di India melepasi 300,000

Seorang petugas kesihatan mengambil calitan pada seorang penduduk di Madhya Pradesh. foto Agensi

NEW DELHI – Angka kematian Covid-19 India melepasi angka 300,000 kepada 303,720 pada hari Isnin, kata Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 100,000 kematian pertama Covid-19 berlaku di negara ini dalam hampir sembilan bulan, kemudian meningkat menjadi 200,000 dalam hampir tujuh bulan.

Tetapi 100,000 kes kematian bertambah hanya dalam 26 hari ekoran 4,000 kematian direkodkan dalam sehari.

India menjadi negara ketiga di dunia yang melepasi 300,000 kematian, setelah Amerika Syarikat dan Brazil.

Sebanyak 4,454 kematian dicatatkan dalam 24 jam – dikatakan paling tinggi setakat ini di negara ini.

Sementara itu, kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 26,752,447, dengan sebanyak 222,315 kes baru didaftarkan sejak pagi Ahad.

Masih terdapat 2,720,716 kes aktif di negara ini, penurunan 84,683 kes dalam 24 jam.

Jumlah kes aktif harian telah menurun sejak beberapa hari kebelakangan ini, setelah lonjakan berterusan sejak pertengahan April.

Sebanyak 23,728,011 orang telah disembuhkan dan dikeluarkan dari hospital setakat ini di seluruh negara. – MalaysiaGazette