MGNews: Tiga Penumpang LRT Masih Kritikal, 61 Sudah Discaj – Heric Corray

Sejumlah 61 mangsa insiden pelanggaran membabitkan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya telah didiscaj daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Heric Corray, enam lagi mangsa masih berada di HKL termasuk tiga yang masih kritikal.