Home Sukan Zafuan tinggalkan Penang FC, sertai Kelantan United

Zafuan tinggalkan Penang FC, sertai Kelantan United

Zafuan Azeman. Foto Facebook Penang FC.

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang skuad B-19 tahun negara, Zafuan Azeman meninggalkan Penang bagi menyertai pasukan Liga Perdana, Kelantan United pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Berita itu dikongsikan oleh Zafuan menerusi laman media sosial rasmi miliknya dimana beliau meninggalkan Penang selepas lima bulan beraksi bersama pasukan itu.

Namun, pemain berusia 21 tahun itu jarang diturunkan dalam kesebelasan utama kerana pengendali Penang, Tomas Trucha lebih gemar menurunkan dua pemain import iaitu Casagrande dan Sheriddin Boboev di bahagian serangan.

Kelantan United ketika ini berada di tangga kelima dalam carta Liga Perdana, mengutip 16 mata selepas menghadapi 11 perlawanan.

Kemasukan Zafuan dilihat mampu untuk memperkemaskan jentera serangan Kelantan United dalam usaha mereka memperbaiki kedudukan dalam carta liga. – MalaysiaGazette