KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka sebanyak sejuta slot tempahan fasa kedua permohonan suntikan vaksin AstraZeneca yang bermula pukul 12 tengah hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantarannya di laman Facebook hari ini.
“Peringatan untuk mereka yang nak dapatkan vaksin, bersiap sedia pada pukul 12 tengah hari ini, 26 Mei 2021.
“Sejuta slot tersedia untuk ditempah,” katanya menerusi hantaran berkenaan.
Tempahan hari ini dibuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan ia boleh dilakukan menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my. – MalaysiaGazette