Home Nasional Agong, Permaisuri zahir ucapan Hari Wesak

Agong, Permaisuri zahir ucapan Hari Wesak

WhatsApp-Image-2021-05-26-at-9

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dengan kebiasaan baharu selain mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.
“Lindungi diri, lindungi semua,” titahnya menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara di sini hari ini. – MalaysiaGazette
c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts