Home Dunia Bandar purba Teotihuacan diancam pembangunan baharu

Bandar purba Teotihuacan diancam pembangunan baharu

Bandar purba Teotihuacán. foto Agensi

MEXICO CITY – Kerajaan Mexico mengecam kerja-kerja pembangunan yang tidak dibenarkan di bandar purba Teotihuacan, berhampiran Mexico City.

Majlis Antarabangsa Mengenai Monumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan laman web (Icomos) berkata, penggunaan jentolak akan merobohkan kawasan seluas tujuh ekar di lokasi yang dilindungi.

Teotihuacán adalah Tapak Warisan Dunia Unesco dan merupakan salah satu tarikan pelancongan paling popular di negara ini.

Pegawai PBB berkata, pihaknya pernah menimbulkan kebimbangan mengenai kerja-kerja bangunan di lokasi tersebut sejak Isnin lalu.

Icomos Mexico mengatakan, kerja penggalian mengancam “tinggalan arkeologi, perumahan dan monumental yang juga dijarah” dan meminta pemerintah Mexico untuk campur tangan secara tegas sehingga pakar-pakar dapat masuk untuk menilai kerosakan tersebut.

Pakar dari lokasi ini mengatakan mereka sudah memberi amaran pada awal tahun ini setelah pembinaan dimulakan, termasuk penggunaan mesin berat, di pinggir kompleks ketika pengawasan terhad akibat wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kebudayaan Mexico dan Institut Antropologi dan Sejarah Nasional berkata, pihaknya telah mengeluarkan dua perintah untuk menangguhkan pembinaan pada bulan Mac dan membuat laporan jenayah pada bulan April.

Agensi berita AP dalam laporannya mendakwa pemilik tanah tersebut akan membina taman tema di situ. – MalaysiaGazette