Home Nasional Polis Pontian tak terima aduan Mohamad Faridzul Izuan Harizan

Polis Pontian tak terima aduan Mohamad Faridzul Izuan Harizan

Kenyataan yang dikeluarkan IPD Pontian berkenaan kes tular 'Mohamad Faridul Izuan'

PONTIAN – Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakry Salleh menafikan menerima sebarang aduan mahupun laporan polis daripada seorang pemilik akaun Twitter bernama Mohamad Faridzul Izuan Harizan.

Menurutnya, polis juga tidak ada menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian yang ditularkan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menafikan kenyataan yang ditularkan oleh penama Mohamad Faridzul Izuan Harizan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa Bakry Salleh

Baru-baru ini tular di akaun Twitter penama ‘Mohamad Faridul Izuan’ dengan menyatakan ‘Dulu PKP 1.0 Bapak Dafi cakap kalau majikan tak follow report MITI suruh report polis berdekatan, so aku bawa 10 orang pergi report polis, lepas tu majikan datang balai, balai report kat majikan aku, sekarang semua 10 orang tu dah tak kerja,”menurut pautan lelaki berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya telah pun membuat semakan dan mendapati tiada sebarang laporan polis yang pernah dibuat oleh penama itu sejak tahun lalu hingga kini.

Mustafa menegaskan, pihaknya sedia menerima laporan polis pada bila-bila masa sekiranya ada aduan berkaitan sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (SOP) tanpa kompromi.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan di media sosial. -Malaysiagazette