Home Nasional R&R PLUS beroperasi 8 pagi hingga 8 malam

R&R PLUS beroperasi 8 pagi hingga 8 malam

KUALA LUMPUR – Para pengguna lebuh raya PLUS diminta terus mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP) Diperketatkan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Bhd (PLUS), Syed Mohammed Idid berkata, semasa tempoh ini, semua premis makanan dan minuman (F&B) di kawasan rehat dan rawat (R&R) dibuka dan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 8 malam untuk pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja.

Walau bagaimanapun, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dengan menjalankan pembersihan berjadual lebih kerap.

”Kami menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk terus mematuhi SOP Diperketatkan supaya kita bersama-sama dapat melandaikan lekuk penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette