Home Nasional Saya baca komen netizen – Ismail Sabri

Saya baca komen netizen – Ismail Sabri

Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau akan membaca komen-komen netizen selepas habis rutin kerja di pejabat.

Beliau menjelaskan, semua komen yang dilontarkan diambil maklum dan dikemukakan dalam mesyuarakat

Ismail Sabri yang turut digelar Pak Long Mail di media sosial amat mengalu-alukan cadangan bernas netizen dalam menangani penularan Covid-19.

“Setiap hari lepas habis kerja, saya akan curi masa untuk baca comment netizen.

“Saya ambil kisah dan saya akan panjangkan pandangan semua ke atas. Ada lagi cadangan nak tambah?, tulisnya di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan rakyat di luar rumah.

Ismail Sabri yang mengumumkan SOP itu berkata, ini termasuk melaksanakan semula dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dan menghadkan masa perniagaan.

Kedai-kedai pula hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam mulai 25 Mei ini berbanding sebelumnya dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Had waktu itu turut meliputi kompleks beli-belah namun sekatan ini hanya berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. – MalaysiaGazette