KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat disaran supaya mewujudkan biro pengaduan bagi memantau salah laku seksual dalam kalangan jurulatih mahupun atlet yang berlaku di pusat latihan sukan di seluruh negara.
Naib Pejuanita Muda Malaysia (Penaja), Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Roziani Maarof berkata, gangguan seksual kepada atlet perlu ditangani segera, agar tempat latihan dan kawasan persekitaran bebas dan selamat dari jenayah ini.
Beliau yang merujuk laporan media berhubung dakwaan gangguan dan serangan seksual terhadap salah seorang atlet renang negara, Cindy Ong berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan menggesa semua aduan berkaitan gangguan seksual yang berlaku kepada semua atlet wanita, wajib diambil tindakan dan ditangani dengan tegas.
“Hal ini kerana, ,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Roziana berkata, kesan daripada gangguan seksual itu turut memberi impak buruk kepada prestasi, emosi dan maruah atlet.
Malah, perasaan trauma yang dialami oleh atlet akan berterusan hingga menjadi igauan buruk sepanjang hayat, ujarnya.
Tambah beliau, lebih malang lagi apabila jenayah itu jarang dilaporkan atau disenyapkan tanpa mendapat pengadilan yang sewajarnya. – MalaysiaGazette