Home Utama Beginilah keadaan tren LRT yang bertembung Isnin lalu

Beginilah keadaan tren LRT yang bertembung Isnin lalu

MGF27052021_LRT-TUNDA07-640x427
Keadaan gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan di laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lalu ketika ditunda ke Kompleks Rapid Rail Subang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 27 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Dua tren transit aliran ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan di terowong antara Stesen Kampung Baru dan Stesen KLCC kelmarin telah ditunda ke Kompleks Rapid Rail Subang awal pagi ini.

Kerja-kerja penundaan dilakukan selepas dua hari kejadian yang mengakibatkan 213 penumpang cedera, enam daripadanya kritikal dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

MGF27052021_LRT-TUNDA08-1024x683
Petugas melakukan kerja-kerja menunda gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan di terowong antara Stesen Kampung Baru dan Stesen KLCC  pada 24 Mei lalu di Kompleks Rapid Rail Subang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 27 MEI 2021.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam tren di laluan Kelana Jaya itu telah bertembung berpunca dari masalah komunikasi. Satu daripada tren tanpa penumpang sedang dipandu uji.

Artikel berkaitan

– MalaysiaGazette

 

cc9fa6d244223eda161533023ff51c14?s=150&d=mp&r=g
+ posts