MGNews: Operasi LRT Laluan Kelana Jaya Berfungsi Sepenuhnya – Wee Ka Siong

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mula beroperasi sepenuhnya di kedua-dua landasan yang terbabit dalam kemalangan Isnin lalu, bermula 3.45 petang ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia susulan kejayaan Rapid Rail menyiapkan kerja-kerja pembaikan sehingga 4.30 pagi tadi dan menjalani pemeriksaan ketat daripada Agensi Pengangkutan Awan Darat (APAD).