Home Seni Hidup Netizen simpati dengan Eina Azman, langsing tapi masalah kesihatan

Netizen simpati dengan Eina Azman, langsing tapi masalah kesihatan

Foto Instagram Eina Azman.

KUALA LUMPUR – Netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Datin Eina Azman kerana dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Rata-rata mereka terkejut dengan ibu beranak dua itu yang menjaga kesihatan dengan ketat apabila diet tanpa mengambil nasi dan rajin melakukan senaman hingga pernah memiliki pinggang berukuran 22 inci.

Netizen juga terkejut di sebalik tubuh badan Eina Azman yang langsing dan menjadi idaman wanita, dia bergelut dengan penyakit kronik.

Semalam, Eina memohon maaf kerana telah menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak ekoran gambarnya bersama suaminya menerima divaksin baru-baru ini.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat,” katanya dalam Instagram miliknya.

Walaupun pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan memandangkan beliau mempunyai masalah kesihatan namun ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Dr. Abdul Malek Osman berkata,  Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeeet Harden menerima vaksin Pusat Pemberian Vaksin di hospital baru-baru ini kerana dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Jelas beliau, pasangan  itu dirujuk oleh doktor pakar yang merawat mereka kemudian dinilai menerusi penilaian pravaksinasi (PVA).

Katanya, PVA hanya boleh dilakukan di klinik-Klinik Pakar Perubatan Hospital.

Justeru Abdul Malek berkata, tidak ada isu pelakon itu dan suaminya memotong barisan untuk mendapatkan vaksin seperti yang tular baru-baru ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebelum ini menetapkan pemberian vaksin awal kepada golongan berisiko tinggi yang mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi dan orang kurang upaya (OKU). – MalaysiaGazette