Home Nasional Tak tengok pun 2.8 juta orang hilang kerja semasa PKP 1.0 –...

Tak tengok pun 2.8 juta orang hilang kerja semasa PKP 1.0 – Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Tiada 2.8 juta rakyat Malaysia yang hilang kerja semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 walaupun tempohnya jauh lebih lama berbanding 21 hari yang dicadangkan sekarang bagi meredakan keadaan kes penularan Covid-19.

Bahkan, kilang-kilang, syarikat-syarikat multinasional dan bank juga tidak ‘bungkus’ dan tidak berpindah ke negara lain sebab arahan tutup untuk tempoh 21 hari itu, kata bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa jika total lockdown diadakan, seramai 2.8 huta orang rakyat khususnya golongan bekerja sendiri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro dan juga peniaga-peniaga kecil akan hilang pekerjaan.

”Saya lihat di media sosial, ramai yang berkongsi kisah serta keluhan mereka yang tidak lagi mampu meneruskan kehidupan sekiranya total lockdown dilaksanakan.

”Bagaimana mungkin rakyat dapat meneruskan kehidupan mereka sekiranya mereka tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menanggung keperluan sekeluarga?

”Bagaimana dengan rakyat yang cuma bergantung kepada pendapatan harian? Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

”Apa yang perlu kita semua tahu adalah, purata isi rumah di Malaysia adalah seramai 4 orang. Jika 1 JUTA orang kehilangan pekerjaan bermakna 4 JUTA tanggungan akan terjejas,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menambah, mengambil kira isu tersebut, kerajaan sebulat suara bersetuju untuk tidak melaksanakan total lockdown bagi mengimbangi kelangsungan ekonomi rakyat dan juga negara.

Kenyataan Azmin itu mendapat komen kira-kira 1,700 warga maya dan sebahagiannya besarnya mengecam beliau.

Pemilik akaun bernama Harith Halim berkata, rakyat tidak minta tutup ekonomi sampai kiamat sebaliknya tutup sekejap sekurang-kurangnya dua minggu sehingga kes Covid-19 turun dan terkawal.

”Pak Menteri ingat dengan sinetron PKP ni, rakyat tak hilang mata pencarian ke?? Kami bukan semua dari golongan dapat gaji bulanan. Jauh sekali dari family hartawan yang duit tak habis makan.

”InsyaAllah kami boleh lagi survive dalam tempoh itu. Bila buka semula ekonomi & sektor2 kami usaha semula cari rezeki seperti sebelum PKP.

”Pak Menteri kena maklum, bila sektor dibuka semula, companies tetap kena guna manpower..x gantinye dengan robot. Masa tu orang akan dapat kerja semula,” katanya.

Manakala pemilik akaun Zulaikha Rahman pula berkata: ‘Bagus Datok.. teruskan lah!!!!memang nyawa ni sungguh murahan dimata datok”.

Hanif Mohamed menambah: ”NYAWA, KESIHATAN dan KESELAMATAN lg penting la.. Keje boleh cari duit boleh cari.
Klu kes covid xabes2 economy boleh stabil ke?”.

Manakala pemilik akaun Nor Azam berkata: ”Min, Bila ekonomi pulih. Kau ngan geng2 kau pulak sibok berpolitik.Tgk PRN SABAH…”.

”Lebih ramai minta full lockdown .. 2.8 hilang kerja lagi bagos ke atau hampir 30 juta hilang nyawa,” kata Azhar Mohamad.

Sementara itu, Rozaimy Abdul Rahim berkata: ”Wahai Pak menteri..ekonomi klu jatuh tertiarap sekalipun masih blh diusahakan utk naik Tapi klu nyawa hilang, kepercayaan rakyat hilang. Mana nk cari ganti”. – MalaysiaGazette