Home Dunia Boeing tangguh lagi penghantaran pesawat 787

Boeing tangguh lagi penghantaran pesawat 787

Pesawat Boeing 787

SAN FRANCISCO – Boeing telah menghentikan penghantaran pesawat 787 lagi setelah pengawal selia persekutuan Amerika Syarikat mahukan lebih banyak maklumat mengenai kekurangan pengeluarannya, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

Boeing bekerjasama dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk memberikan lebih banyak maklumat mengenai analisis syarikat dan dokumentasi kerja bagi pesawat 787 yang baharu, katanya, sambil menambah kelewatan itu mempengaruhi penghantaran “jangka pendek”, tetapi tidak akan mempengaruhi 787 yang sudah dihantar kepada para pelanggan.

“Boeing masih perlu menunjukkan kaedah pemeriksaan yang dicadangkan bagi memenuhi peraturan keselamatan persekutuan FAA,” kata FAA.

Menurut laporan Bloomberg, Boeing memilih untuk menangguhkan penghantaran pesawat kerana FAA belum bersetuju dengan cadangan sistem pematuhannya.

Penghantaran 787 sebelum ini dihentikan selama lima bulan hingga Mac ini kerana kekurangan badan pesawat dan masalah lain. – MalaysiaGazette