
KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta bertegas untuk memastikan pelaksanaan moratorium sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang bakal bermula 1 Jun ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, kerajaan sudah ada pengalaman semasa PKP 1.0, justeru laksanakan moratorium automatik.
”Kerajaan mesti tegas dalam isu ini kerana bank-bank tetap untung di waktu PKP ini,” katanya.
Beliau yang selama ini lantang mengkritik kerajaan berkata, Insya-Allah rakyat akan memberi sokongan penuh keputusan kerajaan melaksanakan PKP penuh. – MalaysiaGazette