
KUALA LUMPUR – Selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang, tiga lagi hospital menggerakkan inisiatif menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah/mayat pesakit yang meninggal dunia akibat
Terbaharu Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Quern Elizabeth.
Satu ‘fleximort’ khusus untuk jenazah pesakit Covid-19 turut disediakan di Hospital Tengku Ampuan Rashimah, Klang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di laman Twitter berkata, bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan kini mula penuh.
Artikel berkaitan:
- Hospital Selayang pula sedia kontena khas mayat pesakit Covid-19
- Covid-19: Hospital Sungai Buloh terpaksa tambah kontena mayat
Keadaan itu menyebabkan keadaan semakin sukar untuk menampung jumlah jenazah susulan peningkatan kematian akibat Covid-19.
Sehubungan itu, katanya, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus untuk jenazah atau mayat pesakit Covid-19.

– MalaysiaGazette