Home Nasional KKM unjur 13,000 kes Covid-19 sehari pertengahan Jun ini

KKM unjur 13,000 kes Covid-19 sehari pertengahan Jun ini

5,738 new Covid-19 cases have been recorded today and shifted the cumulative Covid-19 tally to 678,764 cases Covid-19 deaths Rt value
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Disebabkan trend peningkatan kes yang semakin tinggi – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengunjurkan negara mungkin akan mencapai 13,000 kes baharu Covid-19  sehari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, unjuran itu mungkin dicapai pada pertengahan Jun ini.

“Kalau mengikut unjuran kita yang lepas kita jangkakan pada 14 Jun kita akan mencatatkan 13,000 kes. Itu sebab dengan unjuran ini kita terpaksa melakukan PKP 3.0 seperti PKP 1.0 supaya kita pastikan tiada pergerakan dan perhimpunan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Justeru itu, kerajaan digesa untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh pada 1 Jun ini bagi mengelak kes positif Covid-19 mencapat unjuran itu.

Jelasnya, tempoh dua minggu itu diberikan sebagai ruang untuk mengurangkan kes sekaligus memberi ruang kepada petugas kesihatan dan hospital untuk sesi pemulihan fasiliti.

“Tindakan kita kalau kita strategi kita ialah melihat kepada lima perkara, kalau kita laksanakan PKP 3.0 dengan baik, akan beri ruang selama dua minggu atau lebih kepada pemulihan hospital dan ruang masa kepada petugas kesihatan untuk berehat dan juga melihat kepada keperluan peralatan dan sebagainya,” katanya lagi.

Lebih daripada itu, pasukan kesihatan akan melakukan tindakan saringan bersasar untuk menjalankan ujian RTA Antigen di lapangan.

Malah KKM akan giat turun padang mencari, mengesan dan menjalankan saringan kepada mana-mana individu dan sekiranya didapati posititf maka mereka akan diasingkan dan diberikan rawatan sewajarnya.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham menyatakan kebimbangan baharu apabila terdapat kacukan antara varian Covid-19 dari United Kingdom dan varian India yang berlaku di rantau Asia Tenggara.

“Contohnya VOC yang kita kenal pasti adalah empat iaitu varian United Kingdom (UK), varian India, varian Brazil dan juga varian Afrika Selatan.

“Kita dapati maklumat daripada Vietnam ada varian kacukan baru iaitu varian UK dengan India.

BACA: Strain hibrid baharu Covid-19 dikesan di Vietnam

“Jadi, ini mungkin akan menambahkan kes yang merebak dengan lebih cepat lagi. Kemungkinan akan membawa lebih banyak kematian,” katanya.

Justeru itu, menurutnya, kawalan sempadan negara perlu diperketatkan agar varian berbahaya ini tidak masuk ke negara ini. – MalaysiaGazette