PORTUGAL – N’Golo Kante mahu meraikan kejayaan Chelsea menewaskan Manchester City pada final Liga Juara-Juara Eropah tanpa menghiraukan pujian agar dia dicalonkannya bagi anugerah Ballon d’Or tahun ini.
Skuad kendalian Thomas Tuchel muncul juara Eropah di Porto selepas jaringan Kai Havertz menundukkan anak buah Pep Guardiola di Estadio do Dragao.
Bagaimanapun persembahan Kante di bahagian tengah Chelsea cukup luar biasa dan dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM).
Pemain Perancis itu antara tonggak utama Chelsea musim ini dan dia dikatakan sebagai pesaing utama untuk Ballon d’Or akhir tahun ini.
Sebelum ini Kante juga mendapat MOTM ketika bertemu Real Madrid untuk dua leg di Madrid dan di London dalam separuh akhir UCL
Dia yang beragama IslamĀ selayaknya memenangi Ballon D’or atas pencapaian cemerlang yang diraihpada musim ini.
Saingan rapatnya di Ballon D’or adalah Robert Lewandowski yang juga mempunyai pencapaian yang hebat musim ini iaitu memenangi European Super Cup, FIFA World Club, Juara Bundesliga dan memecahkan rekod Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang masa.
Namun ramai berpendapat N’golo lebih layak jika Ballon D’or tidak dikira atas dasar gol semata mata. – MalaysiaGazette