Home Ekonomi LHDN pertimbang tangguh bayaran penalti

LHDN pertimbang tangguh bayaran penalti

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan modus operandi baharu sindiket penipuan yang menggunakan nama pegawai lembaga itu bagi membuat perolehan serta pembelian aset daripada syarikat perabot.-Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022 serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga bersetuju untuk memperkenalkan semula
pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan
bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi
penghantaran lambat dokumen berkanun, kata Perdana Menteri.

Ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SSM juga akan mengecualikan bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.

Di samping itu, Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit
Covid-19 atau Akta 829 akan ditambahbaik bagi membantu individu dan perniagaan
yang terkesan.

Perlindungan berkaitan ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontrak akan dilanjutkan tempoh kuatkuasa sehingga 31 Disember 2021.

Sehubungan ini, kerajaan menyediakan bantuan perkhidmatan pengantaraan atau mediation secara percuma melalui Pusat Mediasi COVID kepada semua individu atau
perniagaan tanpa mengira latar belakang. – MalaysiaGazette